Selangor salur RM12 juta subsidi jayakan jualan murah, manfaat 4.5 juta rakyat

EXCO pertanian memberitahu program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memberi manfaat kepada 4.5 juta rakyat melalui 1,200 lokasi jualan.

Selangor Kini

1/2/20251 min read

Orang ramai membeli barangan keperluan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) sempena majlis perasmian pasar raya kedua Ehsan Mart DUN Pandan Indah di Pandan Utama, Ampang Jaya pada 2 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

AMPANG JAYA, 2 JAN: Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM12 juta subsidi bagi menjayakan Jualan Ehsan Rahmah (JER) sepanjang tahun lalu

EXCO pertanian memberitahu program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memberi manfaat kepada 4.5 juta rakyat melalui 1,200 lokasi jualan.

“Selain JER, pasar raya Ehsan Mart membantu rakyat menghadapi cabaran ekonomi selain berfungsi sebagai pusat agihan makanan bagi menghadapi situasi kecemasan.

“Ia juga langkah strategik memperkukuh sekuriti makanan dan berperanan sebagai hub penyimpanan Gudang Makanan Selangor untuk melancarkan rantaian bekalan makanan,” kata Ir Izham Hashim.

Ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan Ehsan Mart cawangan Pandan Utama di sini, Izham turut memaklumkan lokasi JER akan ditingkat ke 1,700 pada tahun ini membabitkan subsidi RM15 juta.

“Jualan mega semasa musim perayaan tahun lepas akan dinaikkan dari dua kepada enam kali tahun ini.

“Untuk 2025 secara keseluruhan, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM30 juta untuk keterjaminan makanan untuk program JER, Ehsan Mart dan gedung makanan,” katanya lagi.

Contact us

Whether you have a request, a query, or want to work with us, use the form below to get in touch with our team.