Pelancongan Seri Kembangan dilancar Februari, pelbagai tarikan sempena TMS2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan merancang melancarkan pelancongan Seri Kembangan Februari ini selaras penganjuran Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).
Selangor Kini
1/1/20251 min read
Ahli Dewan Negeri Seri Kembangan Wong Siew Ki bersama penduduk setempat menyertai kempen Cabaran 10,000 Langkah Sehari di Sungai Kuyoh, Seri Serdang pada 31 Ogos 2024. Foto CHUAH CHEE HWAI/MEDIA SELANGOR
SHAH ALAM, 1 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan merancang melancarkan pelancongan Seri Kembangan Februari ini selaras penganjuran Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).
Berikutan itu wakil rakyatnya Wong Siew Ki berkata pelbagai tarikan atau lokasi menarik akan diketengahkan kerana kawasan itu mempunyai pelbagai destinasi pelancongan untuk dikunjungi.
“Kita rancang Seri Kembangan atau Serdang sebagai destinasi pelancongan dijangka Februari ini kerana pelbagai tarikan pelancong boleh diketengahkan,” katanya ketika dihubungi Media Selangor hari ini.
Selain itu beliau berkata membaik pulih infrastruktur awam terutama di kawasan destinasi pelancongan antara tumpuan pihaknya tahun ini.
Katanya selaras TMS2025 antara kawasan tumpuan termasuk Sungai Kuyoh dan Kampung Baru Seri Kembangan.
Menurutnya infrastruktur awam di Kampung Baru Seri Kembangan yang menjadi kampung baru terbesar di Malaysia kini banyak yang uzur dan perlu dibaik pulih.
“Jadi tumpuan kita adalah baik pulih kemudahan awam terutama di kawasan yang ada potensi untuk tarikan pelancong.
“Kini kita sedang buat pengindahan landskap di Sungai Kuyoh, Seri Kembangan yang boleh menjadi tarikan untuk pelancong bergambar kenangan berlatar belakangkan pemandangan sungai yang cantik,” katanya.
Selain itu katanya pihaknya akan turut bekerjasama dengan peniaga sekitar Seri Kembangan untuk mengeluarkan cenderahati atau produk kawasan itu yang boleh menjadi tarikan pelancong.
Sebelum ini EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim memaklumkan Selangor menyasar potensi nilai transaksi RM11.7 bilion melalui TMS2025.
Katanya sasaran itu boleh dicapai mengambil kira persiapan rapi daripada segi perancangan aktiviti, program dan infrastruktur pelancongan sekali gus mampu menerima kehadiran lapan juta pelancong sebagaimana sasaran.
Contact us
Whether you have a request, a query, or want to work with us, use the form below to get in touch with our team.


alvinng@pacificctech.com
Location
145-3, 3rd Floor Batu 3 1/2,
Jalan Klang Lama,
58000 Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Malaysia.
Contacts
+6011 5305 8118