Negeri peruntuk RM4.76 juta agih 23,800 baucar Jom Shopping Tahun Baharu Cina
Sebanyak 23,800 baucar Jom Shopping Perayaan bernilai RM200 bakal diagih sempena sambutan Tahun Baharu Cina bulan depan, kata EXCO pembasmian kemiskinan.
Selangor Kini
12/25/20241 min read
EXCO Pembasmian Kemiskinan Papparaidu Veraman (dua, kiri) menunjukkan contoh Kupon Jom Shopping Tahun Baharu Cina di bangunan pentadbiran negeri, Shah Alam pada 5 Januari 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
SHAH ALAM, 25 DIS: Sebanyak 23,800 baucar Jom Shopping Perayaan bernilai RM200 bakal diagih sempena sambutan Tahun Baharu Cina bulan depan, kata EXCO pembasmian kemiskinan.
V Papparaidu berkata program yang menyasarkan golongan memerlukan dan berpendapatan rendah di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan peruntukan RM4.76 juta.
“Pengagihan kepada penerima akan dibuat pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan penyelaras,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, wakil rakyat dan penyelaras juga diminta mengenalpasti dan mengemaskini penerima yang benar-benar layak.
“Saya juga minta kepada wakil rakyat dan penyelaras supaya kita kena fokus kepada mereka yang memerlukan.
“Jangan setiap kali pengagihan bagi orang sama saja. Kita juga perlu cari orang baharu atau orang benar-benar layak, jangan jadi amalan kita bagi orang yang sama pada setiap tahun (yang mungkin sudah keluar dari senarai layak),” katanya.
Selain Tahun Baharu Cina, inisiatif bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP) turut diberi kepada keluarga kurang mampu untuk menyambut Aidilfitri dan Deepavali.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan 2025 mengumumkan RM12 juta diperuntuk bagi baucar Jom Shopping Perayaan.
Contact us
Whether you have a request, a query, or want to work with us, use the form below to get in touch with our team.


alvinng@pacificctech.com
Location
145-3, 3rd Floor Batu 3 1/2,
Jalan Klang Lama,
58000 Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Malaysia.
Contacts
+6011 5305 8118